TradingView
ichivergence_hunter
31 Mei 2020 pukul 13.01

ECONBHD Dalam Persediaan Untuk Menukar Trend Kepada Trend Menaik 

ECONPILE HOLDINGS BHDMYX

Huraian

ECONBHD merupakan kaunter yang mempunyai fundamental yang kuat. Banyak institutional dan foreign fund yang menjadi pemegang saham utama Econbhd. Pada hari Jumaat yang lalu, Econbhd telahpun memecahkan awan Ichimoku dan juga garisan EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Aras rintangan terdekat dan terkuat adalah di 0.705 yang juga merupakan garisan menurun dua tahun (2yr downtrendline / DTL). Jika berjaya memecahkan garisan menurun dua tahun ini disokong oleh volume yang kuat, Econbhd akan menukar trend dari menurun kepada menaik (bullish). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Lebih