Ajrun_

ECOWLD: Teruskan Naik atau Turun

MYX:ECOWLD   ECO WORLD DEVELOPMENT GROUP BERHAD
Sektor: Kewangan
Industri: Pemaju Harta Tanah

1. Analisa Trend

I. Sejak 1 Ogos 2020 sehingga 30 Julai 2021, ECOWLD telah melakukan kenaikan sebanyak 3 kali iaitu pada 2 Disember 2021, 3 Mac 2021 dan 4 Jun 2021.
II. Kini, ECOWLD sedang berada dalam fasa "sideways/accumulation" setelah ia melakukan kenaikan pada 4 Jun 2021 dan hanya bergerak 0.660(Support) dan 0.715(Resistance)

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru)telah bersilang keatas MA20(merah). Selain itu, ECOWLD telah melepasi garisan MA50 menunjukkan ia masih dalam fasa kenaikan.
II. MACD - garisan MACD sudah ada tanda untuk bersilang ke atas garisan Signal.
III. RSI - ECOWLD menunjukkan ia sedang momentum yang baik apabila ia telah berada di atas paras 50.

Jadi, adakah ECOWLD ingin naik atau turun?
Boleh perhatikan bagaimana ECOWLD bergerak nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.