TradingView
Ajrun_
1 Ogs 2021 pukul 16.25

ECOWLD: Teruskan Naik atau Turun  

ECO WORLD DEVELOPMENT GROUP BERHADMYX

Huraian

Sektor: Kewangan
Industri: Pemaju Harta Tanah

1. Analisa Trend

I. Sejak 1 Ogos 2020 sehingga 30 Julai 2021, MYX:ECOWLD telah melakukan kenaikan sebanyak 3 kali iaitu pada 2 Disember 2021, 3 Mac 2021 dan 4 Jun 2021.
II. Kini, MYX:ECOWLD sedang berada dalam fasa "sideways/accumulation" setelah ia melakukan kenaikan pada 4 Jun 2021 dan hanya bergerak 0.660(Support) dan 0.715(Resistance)

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru)telah bersilang keatas MA20(merah). Selain itu, MYX:ECOWLD telah melepasi garisan MA50 menunjukkan ia masih dalam fasa kenaikan.
II. MACD - garisan MACD sudah ada tanda untuk bersilang ke atas garisan Signal.
III. RSI - MYX:ECOWLD menunjukkan ia sedang momentum yang baik apabila ia telah berada di atas paras 50.

Jadi, adakah MYX:ECOWLD ingin naik atau turun?
Boleh perhatikan bagaimana MYX:ECOWLD bergerak nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih