dnshnzm

PERSIMPANGAN DUA HALA

MYX:ESAFE   EVERSAFE RUBBER BERHAD
Sektor : Produk Industri & Servis
Subsektor : Auto Parts

Di kesan hari ini terdapat doji candlestick pada carta ESAFE. Mengikut teori doji, ia menggambarkan ketidakpastian yang berlaku di antara pembeli dan penjual. Disokong dengan volume melebihi purata 50 hari, sangat menarik untuk diperhatikan pada hari esok. Di samping itu, kaunter ini di masih di fasa uptrend dengan menjajar di dalam channel. Ini merupakan pergerakan kaunter uptrend yang sihat kerana menepati higher high dan higher low. Menggunakan indikator premium TCT Eminent Pro, penampakan anak panah suci hijau memberi petanda awal pergerakan. Aras rintangan terdekat adalah pada 0.400 manakala aras sokongan pula pada 0.350. Mampukah ESAFE melonjak naik? Ayuh kita lihat

Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.