TradingView
zulnureen
2 Mei 2019 pukul 11.46

FBMKLCI: Awan Jangka Pendek positif 

FTSE Bursa Malaysia KLCI IndexFTSE

Huraian


Melihat pada pergerakan indeks FBMKLCI, rata rata para pelabur mulai gusar dalam kekeliruan kerana tidak mempunyai kepastian akan pergerakan arah KLCI, tidak kurang ramai yang duduk di tepi sehingga betul betul dapat melihat arah yang nyata akan pergerakan KLCI, dalam erti kata lain, KLCI pada ketika ini sedang dalam pergerakan mendatar, belum ada lagi kepastian akan kenaikan,jika di lihat pada awan ICHIMOKU, indeks terletak di bawah awan, ini bermaksud dalam masa jangka panjang, indeks adalah di kategorikan sebagai masih lagi bearish kerana indeks masih terletak di bawah awan, namun begitu, petunjuk jangka pendek tenkan dan kinjun tidak harus di ketepikan, tenkan dan kinjun baru sahaja bersilang positif, ini membawa maksud, bahawa dalam jngka masa pendek, ada kemungkinan kemungkinan akan klci untuk bergerak naik. dan melihat pada garisan chikou atau di panggil garisan lagging, ia masih lagi kelihatan berada di bawah indeks semasa, dan andaian yang boleh di buat ialah, jika indeks berterusan bergerak dangan range ini, berkemungkinan dalam masa 4 atau 5 hari lagi, ia akan bertembung dengan paras indeks semasa, dan di sini ia akan di uji samaada ia boleh naik atas indeks semasa atau memberikan reaksi negatif dan turun semula, dan untuk itu, berkemungkinan dalam masa terdekat, FBMKLCI mungkin, mungkin bakal menguji paras 1650. dan halangan yang kuat akan terjadi di paras awan 1671 yang mana bersamaan dengan paras 61.8% pada paras 1670. ini semua hanyalah kemungkinan. dan ketika ni, paras sokongan masih kekal pad 1609. pada hari ini, indeks sedang menguji paras sokongan 20ma pada paras 1633, walaupun indeks di tutup di bawah paras 20ma, ia cumalah satu potensi dan bukanlah satu pengesahan. MACD masih positif, bermaksud arah aliran indeks masih bullish.
Lebih