TradingView
faisalizwan2684
29 Jun 2020 pukul 13.57

29 Jun 2020 - Adakah FBMKLCI Lemau di Bulan Jun 2020? 

FTSE Bursa Malaysia KLCI IndexFTSE

Huraian

Di timeframe harian, setakat 29 Jun 2020, indeks telah melakukan pembetulan (correction) bermula 10 Jun 2020.
Pada 29 Jun, candle seakan buliish hammer terbentuk di paras sokongan.
Kalau indeks dapat memanjat dengan banyak pada hari terakhir bulan Jun 2020, maka itu sedikit sebanyak menunjukkan petanda baik.
Indikator stochastic RSI pun berada di paras oversold.

Dalam timeframe migguan pula dapat dilihat ada berlaku pembetulan (correction) pada indeks untuk minggu 2-4 bulan Jun 2020.
Lebar badan (body) candle dari minggu 2 ke 4 juga menunjukkan semakin mengecil menandakan pengurangan tekanan jualan.

Setakat 29 Jun 2020, di timeframe bulanan, candle yang terbentuk adalah shooting star dengan kepala yang panjang. Ini menandakan tekanan jualan yang tinggi.
Kalau pada 30 Jun 2020, indeks tidak dapat memanjat dan berakhir juga dengan shooting star, maka harus berjaga-jaga untuk bulan Julai 2020.

Ini sekadar kajian.

#mahersaham #fbmklci #jun20 #FIAR
Lebih