TeropongBursa

FCPO carta Jam - hampir zon sokongan / potensi latunan teknikal

Panjang
MYX:FCPO1!   Crude Palm Oil Futures
FCPO masih dalam keadaan bearish secara keseluruhan, dan kini berada dalam zone sokongan yang kuat 2140-2150 yang telah dicuba beberapa sebanyak 4 kali sejak Julai 2018.

Dalam keadaan RSI telah mencecah paras Oversold 20%, harga berkemungkinan akan melakukan lantunan teknikal dari paras S1 untuk mencuba paras R1. Keadaan RSI juga telah membentuk double dip dimana selepas ini, jika berlaku lantunan teknikal, jangkaan untuk ianya adalah lantunan yang sangat kuat, mungkin melepasi R1 dan mencuba R1. Lantunan sah jika paras R1 ditembusi dengan sasaran R2.

Namun begitu, jika harga menembusi paras S1, maka harga dijangka akan terus jatuh ke S2.

Cadangan:
1. Short dengan target S1 (berisiko dan terhad - S1 sangat hampir), CL diatas Zon sokongan
2. Tunggu dan Long paling hampir dengan S1, CL dibawah S1
3. Long pada harga buka (atas zon sokongan), CL dibawah S1

Short term: Bearish (ruang terhad sehingga S1)
Medium term: Bullish R1
Long Term: Bullish (kecuali paras S1 ditembusi)

R1 2160
R2 2180
S1 2140
S2 2100

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.