TradingView
fareedrafi
26 Jun 2021 pukul 02.34

FREIGHT 25 Jun – Cubaan Pecahkan Garisan Trend Menurun  

Huraian

> Saham FREIGHT tutup pada harga 0.770.
> Berdasarkan pada carta harian, harga bertahan di atas paras sokongan 0.710 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD hampir bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.835, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.910.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.

*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
Lebih