ichivergence_hunter

GADANG Menarik Untuk Diperhatirapatkan. Potensi Tukar Trend.

MYX:GADANG   GADANG HOLDINGS BHD
Gadang telahpun memecahkan Ichimoku Cloud disokong oleh volume yang kuat. Terdapat garisan menurun satu tahun (1yr DTL) hampir dengan harga ditutup pada Jumaat yang lalu. Aras sokongan terkuat boleh guna kumo resistance di 0.455 dan aras rintangan terdekat selain dari garisan menurun adalah di 0.530 dan 0.590. Jika berjaya memecahkan garisan menurun, Gadang akan menukar trend kepada trend bullish dan menaik. Mungkin Gadang boleh cuba mendaki kembali ke aras 52 minggu tertinggi (52 weeks high) sebelum ini iaitu di 0.940. Anak panah strong buy signal (EMA21 cross up EMA50) pun sudah muncul pada hari Jumaat yang lalu. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.