TradingView
Meem
22 Jun 2022 pukul 09.45

GBPUSD: Divergence? 

British Pound/U.S. DollarFXCM

Huraian

GBPUSD dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Beberapa hari sebelum ini pergerakan harga pada selang harian dilihat baharu sahaja mencipta paras rendah baharu
Harga sebelum ini dilihat menguji kekuatan SBR namun gagal membuat kenaikan melepasi rintangan tersebut
Namun, petunjuk RSI harian dilihat seakan menunjukkan kehadiran 'divergence''
RSI dilihat bergerak menaik, tidak selari dengan pergerakan ketika harga membentuk paras rendah baharu
Lilin mingguan sebelum ini juga dilihat membentuk lilin mingguan dengan bayang panjang (tidak ditunjukkan)
Walaubagaimanapun, trend secara amnya dikatakan masih lagi dalam keadaan menurun

Ke manakah halatuju harga sebenarnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Lebih