TradingView
ichivergence_hunter
31 Mei 2020 pukul 12.29

Adakah GDEX Mampu Untuk Meneruskan Pendakian ke Atas? 

GDEX BERHADMYX

Huraian

GDEX mempunyai chart pattern yang bullish dan menarik.Sebelum ini, GDEX berjaya memecahkan garisan menurun (downtrendline), garisan EMA200 dan juga aras 52 minggu tertinggi (52 weeks high) di 0.320. Seterusnya naik sehingga aras 0.445 sebelum turun berehat disebabkan QR report yang kurang memberangsangkan. Akan tetapi GDEX bertahan diatas aras rintangan sebelum ini di aras 0.360. Esok iaitu 1 Jun 2020, GDEX akan menerima Pengerusi (Chairman) yang baru iaitu merupakan bekas Gabenor Bank Negara. Sama-sama kita lihat bagaimana pasaran memberikan reaksi kepada perlantikkan ini ya. Resistance terdekat GDEX untuk masa ini adalah di 0.445 yang merupakan aras 52 weeks high yang baru. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Lebih