TradingView
Dr_Al_Aarifin
13 Jun 2021 pukul 12.48

GTRONIC [S] MASIH DALAM TREND MENURUN 

GLOBETRONICS TECHNOLOGY BHDMYX

Huraian

GTRONIC [S] MASIH DALAM TREND MENURUN

1. GTRONIC adalah antara kaunter yang menerima tempias yang signifikan pergerakan bearish sektor teknologi sebelum ini
2. Masih berada di bawah garisan EMA 100 & EMA200
3. Adakah GTRONIC sedang menunggu saat dan ketika di mana sektor teknologi kembali rancak sebelum memulakan trend yang baru? Sama-sama kita saksikan
4. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Komen
asrizalamir
Assalam tuan. terima kasih atas ilmu tuan yg sy ikuti melalui youtube channel. sy ingin bertanya kepada tuan, 15/12/20 - 21/4/21 ada membentuk head n shoulder. apakah boleh diguna pakai atau pon tidak cukup syarat? Maaf kalau pertanyaan sy salah. sy baru belajar. minta pandangan tuan. Terima kasih
Dr_Al_Aarifin
@asrizalamir, Secara text book, jawabnya ...bukan head & sholuder pattern... Ingat 4 syarat chart pattern?... Head & shoulder adalah reversal pattern & pattern ini perlu didahului oleh uptrend. Dalam kes ni, trend sebelum pattern terbentuk adalah downtrend, bukan uptrend... Tapi, secara praktikal, banyak juga kes seperti ini yang kita lihat khususnya di Bursa Malaysia. Wallahu'alam.
asrizalamir
@Dr_Al_Aarifin, Terima kasih atas pencerahan tuan.
Lebih