TradingView
deanmentari
10 Ogs 2021 pukul 20.54

GTRONIC sasaran jangkamasa pendek Gelombang besar 1 Panjang

GLOBETRONICS TECHNOLOGY BHDMYX

Huraian

Sektor : Teknologi

Analisa Teknikal Gelombang Elliot :

kini berada di Gelombang besar satu bercorak Pepenjuru Awal (Leading Diagonal 12345 - 53333 ) & berkemungkinan akan memulakan pergerakkan menaik ke atas untuk menyempurnakan corak paten serta Gelombang satu besar

bagi sasaran Gelombang 1 kerap berakhir di tahap Fibo 200% - 261.8%

Nota Teknikal Analisis : -

* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161.8%
*Peraturan Pengantian @rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261.8% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume

*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari
Komen
iqramidris92
Pawer bang dean. Labelling corrective wave tu sy tak pandai sgt. Mohon kebenaran bang dean utk simpan dalam nota peribadi kalau bang dean tak keberatan 🙏
deanmentari
@iqramidris92, Silakan ..tapi labeling degree tu saya ikut suka je ..sbb nak jimat ruang ...lau guna degree besar label tu besar sgt ..jadi saya guna Primary , micro, submicro,minuscule utk TF daily .. labeling degree jgn ikut saya ..yg penting direction market
iqramidris92
@deanmentari, okay2 baik, faham2. Betul la nanti makan ruang ahaha. Nice chart bang dean. Terima kasih sekali lagi 😆
Lebih