Pak_Din

HEXTAR- Corak Cup Berganda

MYX:HEXTAR   HEXTAR GLOBAL BERHAD
Sektor - Industrial Products
Perniagaan : Agricultural Products, Chemicals, Industrial Products & Services

Idea analisis

Dari sudut teknikal

1. HEXTAR membuat breakout pada paras harga 1. 05 iaitu pada garisan RBS .
2. HEXTAR juga membentuk corak carta double bottom/cup yang merupakan salah satu corak carta bullish.
3. Indikator RSI juga menunjukan HEXTAR mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan kenaikan apabila berada pada atas aras RSI 0.
4. Volume tekanan penjualan turut berkurangan dan secara keseluruhannya volume belian masih menguasai (Buyer in Control)

Dari sudut fundamental
1. Berdasarkan QR1 2021, HEXTAR menunjukan prestasi syarikat yang memberangsangkan. Ini berdasarkan pendapatan bersih syarikat iaitu memperoleh keuntungan sebanyak 10.75 juta berbandingan 11.51 juta QR4 2020.Ianya sedikit menurun namun masih dalam kategori positif dikala musim COVID19 yang makin serius di negara kita.
2. Revenue syarikat juga bertambah daripada 100.76juta pada QR4 2020 meningkat ke 114.82 juta pada QR1 2021.
3. HEXTAR juga telah mengambil alih beberapa syarikat untuk mengembangkan syarikatnya iaitu syarikat Nobel Group, Chempro Group serta memiliki pegangan saham dalam syarikat Rubberex.
5 HEXTAR juga mempunyai anak syarikat yang dinamai sebagai Hextar Industries (HEXIND) yang dahulu dinamai sebagai SCH Group
4. Maklumat Fundamental HEXTAR :(sumber : isaham)
- EPS = 3.49 👍
- P/E = 32 👎
- NTA= 0.25 👎
- ROE % = 22.32 % 👍
- Fair Value = 1.16 👍

PENAFIAN : Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.