traderbertaqwa

HEXTAR berjaya membuat pergerakkan breakout yang sempurna

MYX:HEXTAR   HEXTAR GLOBAL BERHAD
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad mari di amalkan setiap hari...Semoga berkat dunia akhirat.Amin

Syukur pada Tuhan...kaunter ini telah membuat breakout yang sempurna...In shaa Allah,permulaan yang sangat baik....

''Kenapa aku kata breakout yang sempurna?''
Candlestik moruzobu muncul selepas BO yang menandakan demand pembelian telah menguasai dan harga resistant telah mampu di pecahnya dengan sempurna...

Mari kita lah Chart di atas!!!!

Chart telah berbicara dengan korang kan!!!...In shaa Allah,harap nya korang faham yang aku lakarkan di chart tersebut...
Di dalam chart telah membentuk beberapa bentuk chart seperti char pattern,trendline dan trendline horizontal...
Arrow menandakan titik entry yang terbaik bagi yang terlepas entry sebelumnya ..
Apabila ada entry so kenalah ada Cl nya...Cut loss tu boleh di pasang di tengah-tengah candle moruzobu bagi mengurangkan kerugian atau berlakunya sebarang kemungkinan...
Yang penting ikut SOP dan keilmuan masing-masing yer....
Nak tunggu harga pulback pun boleh bro kalau pandai guna teknik buy pulback..Yang aku story ini more pada buy on Breakout yer!!!

Ini bukan buy call yer!...Sekadar berkongsi ilmu dan pembelajaran...

Peringatan!!!
Tidak perlu kaya untuk sedekah,tetapi dengan bersedekah akan memberi kekayaan rohaniah dan zahiriah...
Tidak miskin dengan bersedekah dan tidak berkurangnya sedikitpun melainkan ianya memberi kebahagian kepada insan yang fakir miskin,anak yatim dan orang yang memerlukan...
Dengan kebahagian mereka itulah kita mendapat syafaat di akhirat nanti kerana mereka inilah yang tersangat hampir dengan Rasulullah SAW dan mendapat naungan Allah SWT...

Sama-sama didik diri dalam memberi sedekah dan hadiah kepada yang lebih layak menerima nya...wallahua'alam

Komen

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Mengenai Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Kawan-kawan yang dirujuk Coin Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar