NadLi

Hibiscus Petroleum - Cup & Handle Pattern (Cont.)

MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD
2nd day Bursa selepas penerjunan WTI CL Futures bermula dengan lautan darah (turun 20 points). Namun selepas shock pada sebelah pagi, Bursa kemudiannya membuat pusingan kembali naik dan tutup dalam keadaan HIJAU. Terbaekk!

Pada malam ni, DJIA juga sudah recover daripada shock dan melantun naik semula. So hopefully, esok Bursa akan naik semula berkadar terus dengan kenaikan DJIA malam ni. Fingers crossed!

Utk HIBISCS, gap down berlaku pada masa buka pada pada RM0.405 dari harga tutup semalam RM0.425, kemudian turun lagi ke RM0.400 (menunjukkan high selling pressure) dan kemudiannya harga kembali naik semula ke atas sebelum menutup pada RM0.430.

Overall, candlestick sudah memecah "handle" bawah dan untuk sementara waktu, memerlukan untuk lebih berhati2 dan betul2 monitor pergerakan saham ini disebabkan kemungkinan adanya kejutan2 lain.

1st Support = RM0.410
2nd Support = RM0.310

Pros
1) Buy rate 60% = Ramai buyer sambut saham ni masa dia terjun (gap down). Boleh lihat pada graf live trading.
2) Pergerakan candle masih berada dalam pattern "handle" walaupun sudah memecah bawah "handle".
3) Candle tutup dalam keadaan HIJAU.

Cons=
1) Bollinger band = candlestick sudah menurun ke tengah2.
2) Parabolic SAR = berada di bawah candlestick. Menunjukkan keadaan downtrend.
3) MACD = menunjukkan pengurangan momentum pembelian.
4) RSI = menunjukkan penurunan disebabkan high selling pressure.
5) Stochastic = menunjukkan stocks sudah menghampiri oversold.
5) MA20 = candlesticks duduk bawah line.

Apabila sudah stock sudah oversold, apa akan jadi lepas tu? I guess akan naik lepas ni. So hopefully akan naik semula selepas ni.
Tapi still HIBISCS masih belum lagi berikan isyarat breakout, so need to wait and see. I'm waiting..

(Ini bukan buy/sell call. Trade at your own risk)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.