NadLi

HIBISCUS PETROLEUM - Selepas PKP dilonggarkan

Panjang
MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD
HIBISCS untuk seminggu ini agak mandom so I just stay under the radar and just observe the pattern. Pada 22 April, harga almost mencecah fibo 38.2%, kemudian berpusing dan melakukan pergerakan ke atas semula..phew..(kalu bawah 38.2%, i terpaksa cut loss dulu). Sekarang price sudah keluar dari "handle" dan melakukan trend keatas dengan pertambahan volume pada Khamis lepas.

Support = RM0.410
Cutloss = RM0.390
My target breakout point = RM0.535

Pros:
1) Oil price kelihatan naik. Dengan pengumuman pkp akan dilonggarkan minggu depan, berkemungkinan HIBISCS akan mendapat reaksi positif dagangan pada Isnin ini dengan kemungkinan kenaikan oil consumption.
2) Candlestick sudah menghampiri Parabolic SAR menurun. Sekiranya price + volume meningkat minggu depan, berkemungkinan besar harga akan naik.
3) Candlestick sudah naik ke tengah2 Bollinger Band dan MA20.
4) Price naik 10% pada Khamis 30hb April 2020.

Cons:
1) Oil price masih perlu masa untuk kembali normal. Namun dengan keadaan banyak negara-negara masih lockdown, ia memerlukan lebih masa untuk naik.
2) Berkemungkinan covid akan menjadikan negara2 memerlukan beberapa kali lockdown (2nd wave, 3rd wave etc).
3) Candlestick masih berada dalam Darvas box dan belum kelihatan akan tembus ke next box.

Kesimpulan = I akan hold to my stocks and wait.

Reference =

1) www.thestar.com.my/b...c-begins-record-cuts

*Untuk analisis ini dan seterusnya, I akan cuba gunakan Darvas box, fibo retracement, chart pattern dan indicator2 yang sesuai.

(Ini my trading diary dan bukannya buy/sell call. Trade at your own risk)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.