HPMT meneruskan kenaikan.

1. HPMT adalah dari sektor Industri Produk & Perkhidmatan yang baru juga di dagangkan di pasaran saham Bursa pada Jun 2019.
2. HPMT meneruskan kenaikan selepas pembentukan W beserta pecah rintangan garisan menurun seperti di carta.
3. Secara keseluruhan teknikal carta kaunter ini adalah dalam fasa menaik. Namun setelah beberapa bulan ia mengalami pembetulan iaitu penurunan secara minima atau pullback kini kedudukan Ema 9,50,200 sudah kembali tertib dan teratur menunjukkan tren carta kembali bertukar ke fasa menaik semula.
4. Carta menunjukkan terdapat rintangan kuat dan tertinggi pada 0.670 yang telah dicuba beberapa kali tujahan untuk dipecahkan namun tidak berjaya. Mungkinkah para pembeli akan cuba mendominasi dan memecahkan rintangan tersebut sekali lagi dan membentuk harga tertinggi yang baru.
5. Ini hanyalah kajian, mungkin juga tidak berlaku.

Penafian : Ini adalah kajian pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual kepada mana-mana pihak. Berdagang di atas risiko sendiri.
Chart Patterns

Penafian