najmie

HSSEB - mencari peluang entry untuk swing

Singkat
najmie Telah dikemas kini   
MYX:HSSEB   HSS ENGINEERS BERHAD
1. Aliran singkat HSSEB menunjukkan aliran menaik.
2. Candle terkini berada hampir dengan garisan aliran menaik sebagai sokongan harga (garisan berwarna biru).
3. Candle terkini juga berada pada EMA 50 sebagai sokongan harga.
4. Candle juga berada pada aras sokongan melintang 1 (garisan berwarna merah)
5. Corak candle menunjukkan corak bullish harami, walaubagaimanapun candle kedua bukan bullish candle.
6. Momentum harga sedikit lemah.
7. Peluang entry bila harga seterusnya didagangkan / ditutup di atas candle kecil. Untuk entry yang lebih meyakinkan, harga perlu didagangkan / ditutup di atas candle besar.
8. Jika harga terus didagangkan tinggi, pengambilan untung terdekat boleh dilakukan pada harga tertinggi terdekat.
9. Untuk mengawal kerugian dan menjaga modal, perlu sentiasa ikut trading plan.

Ini adalah sekadar catatan jurnal trading sebagai persiapan minggu hadapan, sebarang pandangan dan cadangan amatlah dialu alukan.
Dagangan ditutup: sasaran tercapai:
1. Harga tertinggi pada harini menyentuh garisan menaik (warna hitam) dan harga ditutup atas daripada harga tertinggi sebelum ini.
2. Jika masih memegang sebahagian saham HSSEB untuk dijual pada harga yang lebih tinggi, boleh letak sasaran jualan pada garisan menurun sederhana (warna hijau).
3. Sasaran saya sudah tercapai untuk catatan jurnal trading
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.