TradingView
azmi93
3 Dis 2020 pukul 15.59

HWGB Bakal Breakout BB Kemut Dan Awan Nano ?  

HO WAH GENTING BHDMYX

Huraian

HWGB sejak minggu lepas sudah mula menampakkan pergerakan harga yang semakin agresif. Dan pada hari ini volume dagangan yang dicatatkan merupakan antara yang tertinggi dalam sejarahnya. Berita vaksin yang semakin hangat antara penyebab stok ini semakin menjadi tumpuan selain dianggap sebagai underrated dan merupakan antara kaunter vaksin yang agak 'ringan' dan masih considered murah berbanding SOLUTN dan BINTAI yang telah melepasi RM1. HWGB juga mempunyai sejarah Limit Up beberapa kali sebelum ini. Adakah HWGB bakal mengikut jejak langkah BINTAI dan SOLUTN ?? Sama2 kita nantikan.

Dari segi teknikal, HWGB telah berada dalam posisi Squeezed Bolinger Band (BB kemut) dan sekiranya dapat memecahkan 'kemutan' ini sudah tentu akan terbang jauh. Begitu juga HWGB telah mula memasuki awan indikator Ichimoku Cloud dan dalam perjalanan untuk menembusi awan ini dan sekiranya itu berlaku, ia akan terbang tanpa menoleh ke belakang lagi. Sementara indikator MACD menunjukkan ia berada dalam uptrend mode.

Kaunter ini berpotensi untuk di hold dalam tempoh yg panjang memandangkan berita vaksin yang semakin hangat dan apabila vaksin sudah ditemui nanti pasti akan jauh lagi ia pergi. Adakah HWGB bakal mengulangi sejarah lama dan ke harga atau bahkan breakout harga tertinggi 52 minggu sebelum ini? Sama-sama kita perhatikan dan sediakan trading plan. Bila vaksin dah ditemui nanti, mungkin sudah agak terlewat untuk mengejar stok-stok vaksin ini.
Lebih