tariqrahmalan

TIBA # 18 : INARI, menunggu reversal?

MYX:INARI   INARI AMERTRON BERHAD

=================
ANALISIS TEKNIKAL
=================
1.0 TREND
Kaunter INARI secara umum menunjukkan sedang memasuk Fasa MARKUP.
Ini boleh dilihat dengan Higher High pada harga RM1.70 dan Higher Low pada harga RM1.55.
Selain itu,candlestik telah berjaya memecahkan paras "resistence" pada harga RM1.750.
Trend UPTREND kelihatan di carta.

Paras resistence terkini dilihat sekitar RM 1.90 dan support pada harga RM1.75.

Support dilihat telah bertahan dengan Candlestick Merah gagal menujah Support dan Trendline pada tarikh 17 July 2020.
Selain itu, volume dilihat mengalami kenaikan yang besar menunjukkan minat belian dan jualan yang semakin meningkat. Kaunter ini dijangka menguji lagi tahap support yang dinyatakan di atas.

2.0 CANDLESTICK PATTERN
Tiada Canclestick chart pattern dapat dikesan buat masa ini.

3.0 CHART PATTERN
Continuation pattern turut dikesan dengan pattern seakan akan Flag dilihat terbentuk seperti di carta.

4.0 INDICATORS
Moving Average 20 (MA20) dilihat ditujah dari atas oleh candlestick menunjukkan Selling Signal.
Stochastic RSI juga dilihat sedang menuju ke paras Oversold menunjukkan momentum jualan semakin menguat.
Fibonaci Rectracement juga menunjukkan harga kini berada di sekitar ratio 23.6 menandakan kaunter mengalami pullback yang sihat.

====================
STATUS PATUH SHARIAH
====================
Setakat tarikh posting ini dibuat, kaunter ini didapati "PATUH SHARIAH". Pedagang Muslim "tiada masalah untuk" membeli kaunter ini.

=============
TRADING PLAN
=============

STRATEGY: BUY ON SUPPORT
Entry Price: RM1.750
Cut Loss: RM1.70
Risk: 2.9%

Target Price 1: RM1.85
Reward: 5.7%

Target Price 2: RM2.00
Reward: 14.3%

Target Price 3: RM2.20
Reward: 25.7%

==========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham yang disenaraikan dipasaran bursa dan antarabangsa sahaja.
Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUYING CALL kepada mana - mana pihak.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Kajian ini tidak boleh mengikat penulis dengan apa jua kerugian mana - mana individu hasil pembacaan kajian ini.
Trade At Your Own Risk (TAYOR)

#RoadToFinancialFreedom
#BilaAkaunMulaBerbicara
#AkuDanSaham
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.