TradingView
Dr_Al_Aarifin
14 Mei 2021 pukul 02.50

INDEKS INDUSTRIAL PRODUCTS MENUNJUKKAN SIGNAL BEARISH DIVERGENCE 

Bursa Malaysia Industrial Products IndexMYX

Huraian

INDEKS INDUSTRIAL PRODUCTS MENUNJUKKAN SIGNAL BEARISH DIVERGENCE

1. Peringatan kepada semua pelaburan dan pedagang yang mempunyai pegangan dalam sektor berkaitan INDUSTRIAL PRODUCTS .
2. Signal bearish divergence telah kelihatan pada indeks INDUSTRIAL PRODUCTS.
3. Terdapat kemungkinan di mana sektor ini akan berehat seketika atau membuat reversal dalam masa terdekat.
4. Walaubagaimanapun, ini hanya signal sahaja, tidak semestinya tepat.
5. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Komen
basha188
betul la Dr,.sector apa yg ada potensi kebarangkalian nak melantun Dr?
Dr_Al_Aarifin
@basha188, Wallahu'alam. Saya tak pasti dengan keadaan ekonomi tak berapa menarik sekarang. Apa-apa pun sebelum kita kaji sektor apa yang berkemungkinan membuat lantunan dalam masa terdekat, kita kena lihat pasaran secara menyeluruh. FBMKLCI menjadi indikator penting ke mana arah tuju sektor2 ekonomi di Malaysia. Kaji juga pergerakan indeks FBMACE & FBMSCAP, kemudian baru zoom kaji indeks sektor-sektor, insyaAllah dengan cara tu kajian kita akan lebih terarah. Wallahu'alam. Disclaimer: This is not a buy'sell call.
Lebih