MYX:INNO   INNOPRISE PLANTATIONS BERHAD
INNO telah membuat percubaan pertama untuk membuat breakout dengan volume yang agak tinggi, akan tetapi breakout tersebut fail. Jika dilihat daripada sebalik pergerakan harga, ia memberitahu bahawa percubaan pertama adalah test big player untuk melihat tindak balas pergerakan harga. Volume yang banyak pada aras breakout akan menarik minat retailer untuk membeli unit saham. Pada fasa seterusnya kita dapat melihat volume yang agak tinggi pada candle reversal. ini menunjukkan big player telah membuat sedikit jualan untuk mewujudkan ketakutan (panic sell) pada retailer untuk menjual pegangan. Pada fasa seteruskan menunjukkan harga jatuh dengan drastic menandakan big player berjaya membuat situasi panic sell. Apabila berlaku panic sell, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk big player membeli unit secara pukal, ini telah dibuktikan apabila harga jatuh dengan mendadak, satu volume besar dengan pembentukan candle reversal terbentuk dan harga selepas itu naik dengan tinggi. Satu konklusi yang dapat dibuat adalah, big player masih mempunyai pegangan unit. Persoalannya dimanakah big player akan membuat flushing (menjual unit/ take profit) setelah harga membuat kenaikan?
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.