deanmentari

INTA akan kembali tren menaik semula

Panjang
MYX:INTA   INTA BINA GROUP BERHAD
Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW

#MomentumBreakout

Analisa Gelombang Kitaran : sejak penyenaraian di BURSA , kaunter tren nya mengalami Gelombang Pembetulan bercorak "Flat" & kini berada di Gelombang Kitaran Impulse yang kuat sejak Mac 2020,

terkini sedang berada gelombang pembetulan kombo dua WXY dan akan berakhir di dalam Gelombang Minor 2, di jangka akan membuat pembalikan menaik ke atas dengan Corak "Impulse 12345" gelombang Minit (i) dengan momentum yang baru.


Berita Syarikat Terkini : 26hb November 2021 - pengumuman Laporan kewangan Suku ketiga dengan keuntungan & pada 9hb Disember 2021, pemberian dividen tahunan kepada pemegang saham (1st Interim)

*Penafian :
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.