faisalizwan2684

27 Jun 2020 - IWCITY Perlu Pecahkan Rintangan Untuk Mendaki

Singkat
MYX:IWCITY   ISKANDAR WATERFRONT CITY BERHAD
Kaunter ini dalam sektor hartanah. Dari segi analisis fundamental, rating agak kurang memuaskan.

Jumlah saham: 837.39 juta
P/E Ratio: -
ROE (%): -1.20

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50. Garisan MA20 dan MA200 menjadi rintangan.
Harga telah cuba untuk pecahkan garisan MA20 pada 25 Jun 2020 tetapi tidak berjaya dan tutup di bawah garisan MA20.
Harga dilihat meniti di paras sokongan.
Kalau paras sokongan ini tidak pecah, maka ada kemungkinan harga melantun (rebound) dan uji sekali lagi rintangan garisan MA20.

Indikator stochastic RSI di paras oversold.

Sokongan: 0.570
Rintangan 1: 0.620
Rintangan 2: 0.695

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #iwcity #jun20 #FIAR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.