AmmarAbdSamat

JCY : Ascending triangle? (E07)

Panjang
MYX:JCY   JCY INTERNATIONAL BERHAD
JCY International Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Syarikat terlibat dalam reka bentuk dan pembangunan komponen pemacu cakera keras ( HDD ).

1. Berdasarkan post terdahulu (rujuk pautan di bawah), JCY sedang melakukan pembetulan dan membentuk corak ascending triangle.

2. Corak ini menunjukkan tekanan jualan mula berkurangan apabila tekanan belian mula menolak harga semakin rapat ke paras rintangan.

3 .OBV menunjukkan tiada aliran volume keluar yg signifikan ketika fasa pembetulan.

4. Stochrsi menunjukkan JCY mula menghampiri fasa terlebih jualan.

5. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah RM0.290 dan RM0.355 .

6. JCY hendaklah memecahkan paras rintangan ini utk mengekalkan momentum kenaikkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.