osmanabdmoin

K-One Technology - Perubahan Kepada Uptrend

Panjang
osmanabdmoin Telah dikemas kini   
MYX:K1   K-ONE TECHNOLOGY BHD
K-One Technology dari sektor Technology dilihat semenjak 14 April 2020 telah beberapa kali cuba memecahkan line 200 untuk berubah dari sebuah kaunter downtrend kepada uptrend.
Walaupun daily kelihatan kaunter ini telah mulai penat dan momentum semakin berkurangan, masih terdapat harapan kerana di weekly dan monthly permainan baru sahaja bermula buat kaunter ini. Di musim kawalan pergerakan di kebanyakan negara termasuk di Malaysia, sektor Technology dilihat masih berdaya saing dan permintaan terhadap teknology terutamanya khidmat atas talian adalah sangat memberangsangkan.
Ditambah pengumuman syarikat semalam bahawa pihak syarikat telah memperolehi kebenaran dari pihak MITI untuk meneruskan operasi syarikat, diharap dapat memberikan batu loncatan untuk syarikat menjadi lebih maju terutamanya pada sub produksi syarikat yang berkaitan dengan medical & healthcare dimusim-musim Covid 19 ini.
Diharapkan juga kaunter ini dapat memecahkan penanda aras 52W high iaitu pada harga RM 0.285 sebelum berakhirnya tahun 2020.
Komen:
kaunter underdog yang dipanggil penny telah mula bergerak hari ini dan ditutup pada paras RM 0.22 sen iaitu kenaikan sebanyak 3 sen (15.38%).
Telah mengesahkan ia berada pada uptrend hari ini menimbulkan persoalan adakah kaunter ini dapat mengekalkan momentum uptrend tersebut.
Walupun hari ini harga mencapai RM 0.285 sebagai harga tertinggi, ia perlu breakout dan ditutup atas RM 0.29 sebagai tanda satu lagi tanda 52w high breakout dan saya boleh mulakan perniagaan saya dalam kaunter ini.

Nota: pembaca harus faham bahawa segala idea saya #bukanbuycall
Komen:
ralat: harga tutup adalah harga tertinggi RM 0.225.
masih mempunyai momentum untuk ke RM 0.24

Nota: pembaca harus faham bahawa segala idea saya #bukanbuycall
Komen:
Test resistant RM 0.225, berjaya touch RM 0.30 tetapi ditutup rendah pada RM 0.21
Bearish harami, cuma saya masih positive kerana sebelum ini pernah bearish engulfing tapi rebound dan hampir menjadi bullish engulfing.
Akhirnya 4 hari selepas itu engulfing lebih tinggi kerana ada spinning top.
Jangkaan saya esok atau isnin depan akan sampai RM 0.235 dan rehat kerana dah penat.

Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya. (#bukanbuycall)
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi. (#bukanbuycall)
Sila buat penilaian anda sendiri. (#bukanbuycall) - (TAYOR)
Komen:
atas trendline saya, sangat cantik rebound atas 200
semalam doji, minggu depan start jalan rasanya
Komen:
sudah break resistant dan sudah test rbs RM 0.220
cuma agak leceh sebab hammer diatas, jika ini bukan pucuk, hammer ini bagus
esok boleh start jalan balik ke next TP RM 0.280
Komen:
tengah buat flag

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.