PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT – Corak Paten EW Bhg 3 ( i )
( i ) CORAK PEPENJURU AWAL ( LEADING DIAGONAL)
*Corak gelombang pepenjuru dan impuls keduanya gelombang motif,
*pepenjuru berbeza dengan ketara gelombang dorongan (Impuls) kerana ianya mengikuti dua peraturan pertama tetapi bukan peraturan ketiga mengenai gelombang 4 yang tidak pernah masuk di wilayah harga gelombang 1.
*Pada pepenjuru, sebenarnya, gelombang 4 hampir selalu memasuki wilayah harga gelombang 1.
*Diagonal biasanya berbentuk Penyusutan (contracting) tetapi, dalam keadaan jarang berlaku, berkembang (expanding).
*Dalam kes pembentukan Penyusutan (Contracting), Jika gelombang 3 lebih pendek daripada gelombang 1, Maka gelombang 5 lebih pendek daripada gelombang 3,dan gelombang 4 lebih pendek daripada gelombang 2.
*Dalam kes bentuk mengembang (expanding), gelombang 3 lebih panjang daripada gelombang 1, gelombang 5 lebih Panjang daripada gelombang 3, dan gelombang 4 lebih panjang daripada gelombang 2. Pepenjuru berbentuk mengembang (Expanding) sangat jarang,
*Dalam Corak pepenjuru Awal, gelombang 1, 3, dan 5 adalah semua gelombang impuls atau semua gelombang pembetulan dalam bentuk zigzag. Gelombang 2 dan 4 selalu menjadi corak zigzag.
*Corak pepenjuru Awal boleh membentuk gelombang 1 gelombang impuls dan gelombang pertama zigzag, yang kita namakan gelombang A. Pembentukan ini sangat jarang berlaku
*Corak pepenjuru Awal juga boleh berlaku di dalam Gelombang Sub tetapi perlu di teliti di “Timeframe” kecil.