Ajrun_

Karyon: Bergerak atau Berehat lagi?

MYX:KARYON   KARYON INDUSTRIES BHD
Sektor: Industri Pemprosesan
Industri: Kimia: Khusus

1. Analisa Trend
I. KARYON telah mengalami penurunan setelah mengalami kenaikan pada bulan Mei 2021.
II. Kini, KARYON telah memecah harga "support" pada paras 0.265 dan ia tutup dengan harga diatas paras tersebut pada 21 Julai 2021.
III. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline" setelah melakukan penurunan.
IV. Sekiranya ia kekal berada diatas paras tersebut, perubahan trend akan berlaku.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - Garisan EMA9(biru) menuju ke garisan MA20(merah) untuk ia bersilang keatas MA20. Selain itu, KARYON telah melepasi garisan MA50 menunjukkan ia sudah melepasi pergerakan harga tertinggi bagi tempoh 50 hari.

2. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal.

3. RSI - KARYON menunjukkan ia sedang momentum yang baik apabila ia telah berada di atas paras 50.

Jadi, adakah KARYON ingin bergerak atau berehat lagi?
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Sekian coretan daripada saya,
Terima kasih,
Ajrun

#Sahamiscool

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.