oman2021

KGB - Masa untuk diperhatikan.

Panjang
MYX:KGB   KELINGTON GROUP BERHAD
KAJIAN ANALISA.
KGB – Produk Industri - Minyak.

TREND UTAMA ADALAH UPTREND.
TREND Semasa – Sedang Mendaki.

Asas (fundamental) syarikat yang kukuh.
Total Score dari iSaham - 9.5 ( score yang tinggi )
Pemegang Saham - KWP,PMB Shariah,EPF..

Ringkasan yang berlaku : di TF 1D.
Setelah membuat kenaikan ke 2.700 pada 16.02.2021.
Harga membuat pembalikan kebawah semula.
Harga turun sehingga 1.700 pada 09. 03. 2021.
Harga sedang bergerak secara zig zag untuk mendaki.
Trend yang sihat bagi sebuah syarikat yang berkualiti.

Stoch RSI - Bersilang ke bawah , harga akan turun dahulu.
BB - Harga berada di TOP BB ke MID BB - Harga akan turun dahulu.
Sesuai untuk jangkamasa panjang - beli dan simpan.

Tindakan Pedagang.
Kesimpulan dari pemerhatian - di TF 1D.
Harga dalam proses membuat kenaikan semula.
Harga semasa - 2.07 pada 04.06.2021.
Boleh EP sekarang atau tunggu dikawasan sokongan 2.00.
Sasaran harga ke 2.315, 2.415, 2.700 ( 52WH).
Manakala CL pada bawah sokongan - 1.695.
Boleh juga siap sedia di TF yang kecil untuk monitor.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi HH yg terbaru?
Saksikan kajian ini bersama.

PENAFIAN.
# Tak semestinya BERLAKU.Pasaran bukan kita punya.
# BUKAN SARANAN UNTUK MEMBUAT BELIAN.
# Hanya KAJIAN Analisa dari Pedagang Nubies sahaja.
# Kajian hanya untuk PEMBELAJARAN Sahaja.
# Tak semestinya BETUL.
# Dagangan Kertas di UTAMAKAN.
# TAYOR.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.