TradingView
Dr_Al_Aarifin
22 Jun 2021 pukul 14.09

KHJB [S] TELAH MEMBUAT BREAKOUT 52-WEEK HIGH & PATTERN C&H 

KIM HIN JOO (MALAYSIA) BERHADMYX

Huraian

KHJB [S] TELAH MEMBUAT BREAKOUT 52-WEEK HIGH & PATTERN C&H

1. KHJB adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam sektor consumer products & services subsektor retailer
2. PPada hari ini telah memecahkan aras tertinggi dalam tempoh setahun.
3. Pattern cup & handle juga telah sempurna terbentuk
4. Ke mana arah tuju KHJB dalam masa terdekat? Sama-sama kita saksikan
6. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Komen
usamahaisamuddin96
Saya baru tengok video Dr dekat yt, x hbis study lagi..kiranya tu fail breakout ye dr?
Dr_Al_Aarifin
@usamahaisamuddin96, theoretically jika dilihat kepada "daily timeframe", breakout tu tak fail. Sebabnya, memang harga dah ditutup di atas aras resistance & pattern cup & handle dah sempurna terbentuk. Tapi disebabkan sentimen market yang memang tak berapa menarik minggu lepas, garisan yang sepatutnya menjadi support (resistance turned support line) tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebanyakan kaunter membuat penurunan pada minggu lepas & sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pelabur & pedagang termasuk mereka yang telah berada dalam kaunter ini. Waktu market tak berapa menarik sekarang ni, banyak kaunter yang membuat pergerakan seperti ini. So kena be extra careful. Mungkin teknik buy on dip waktu ni lebih berkesan. Wallahu'alam.

Disclaimer: Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Bukan tujuan memberi saranan jual atau beli. Trade at your own risk. TQ
usamahaisamuddin96
@Dr_Al_Aarifin, Terima kasih Dr, di atas penerangan yang sangat jelas.
Lebih