aihafizal.fx

3-SEPT-2020: KRONO nampak berpotensi

Panjang
MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
Assalamualaikum & selamat sejahtera;
Kajian adalah berdasarkan TA semata-mata. Kajian adalah untuk shortswing (2hari - 3 minggu)
Sila sesuaikan dan semak FA bagi yang berminat.

Kaunter: KRONO

Analisis
Jika diperhatikan terdapat ciri menarik dan boleh dipertimbangkan.
1. Status Syariah: Ya
2. Harga melepasi DTL dengan momentum
3. Harga berada di atas midBB
4. EMA6(merah)-9(biru) telah bersilang ke atas dan melepasi midBB
5. Vol Daily menunjukkan minat belian sepanjang minggu ini
6. Vol Weekly secara keseluruhan masih dikuasai hijau
7. Terdapat smart money memasuki kaunter ini

Pasaran dah dibuka dan krono dibuka tinggi berbanding hari sebelumnya. Ini menunjukkan terdapat minat belian dan permintaan terhadap kaunter ini berdasarkan analisis teknikal. Jadi langkah kita adalah untuk memerhatikan transaksi yang masuk di kaunter ini. Sekiranya ada transaksi besar yang memasuki kaunter ini kita boleh mula ikut.

Rancangan perdagangan;
Boleh rujuk kepada rajah
R:R = 1:2

Semalam merupakan signal awal yang membolehkan kita mengintai peluang menggunakan kaedah box trading. Saya jenis tidak suka mengejar ketika harga tiba2 mencanak. Jadi saya lebih selesa untuk menunggu di kawasan harga tertinggi 2/9 @ separuh candle.
Saya turut menyasarkan 1:2 untuk perdaganan ini…kalau boleh, dapat 2-4 bid boleh kluar dulu@set stop limit, tidak digalakkan sangat hold. Sila sesuaikan dengan risiko masing-masing sekiranya masuk awal@menunggu pullback.

Semoga bermanafaat
Turut boleh follow saya di F B Group: BOKOJOZ TRADING IDEA

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.