TradingView
fareedrafi
6 Jan 2021 pukul 23.14

KTB 6 Januari – Cubaan Pecahkan Rintangan? 

Huraian

> Saham KTB tutup pada harga 0.185.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya pecahkan garisan downtrend dan cuba untuk pecahkan rintangan 0.190 tetapi tidak berjaya dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada di atas paras 50 menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga telah bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 0.190, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 0.215.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.

*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
Lebih