syedasyraf

LAGENDA Melantun Cantik di MA 200

MYX:LAGENDA   LAGENDA PROPERTIES BERHAD
Sectors: Property

Technical Analysis

1. LAGENDA telah melakukan lantunan yang cantik di MA200 dan membentuk candle Bullish Engulfing beserta volume. Ini menandakan bahawa Saham LAGENDA masih lagi melakukan uptrend.

2. RSI juga membuat cangkuk untuk keluar daripada paras oversold.

3. Stochastic juga telah berada di paras oversold.

Fundamental Analysis

1. Fakta menarik berkenaan LAGENDA ialah merupakan syarikat sektor hartanah yang terlibat dalam menyediakan perumahan mampu milik.

2. LAGENDA mengalami kerugian sejak 2011 namun bermula 2019 LAGENDA mula memperoleh keuntungan bersih buat kali pertama sebanyak RM7.7 juta.

Dalam ketidaktentuan ekonomi semasa PKP pada tahun 2020, LAGENDA telah berjaya mencatatkan kenaikan paling tinggi dalam sejarah dengan revenue sebanyak RM498 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM103.3 juta.

3. Pertama kali dalam sejarah LAGENDA telah memberikan dividen sebanyak 2.5 sen untuk satu unit saham.

Apa-apa pun sekadar pandangan dan idea untuk tujuan pendidikan bersama. Bukannya cadangan untuk belian mahupun jualan.

Sediakan Trading Plan selengkapnya di dalam pasaran market yang tidak menentu ini.

Apa pula pandangan anda?

#TAYOR #BAYOR
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.