TradingView
syedasyraf
22 Mei 2021 pukul 10.39

LAGENDA Melantun Cantik di MA 200 

LAGENDA PROPERTIES BERHADMYX

Huraian

Sectors: Property

Technical Analysis

1. LAGENDA telah melakukan lantunan yang cantik di MA200 dan membentuk candle Bullish Engulfing beserta volume. Ini menandakan bahawa Saham LAGENDA masih lagi melakukan uptrend.

2. RSI juga membuat cangkuk untuk keluar daripada paras oversold.

3. Stochastic juga telah berada di paras oversold.

Fundamental Analysis

1. Fakta menarik berkenaan LAGENDA ialah merupakan syarikat sektor hartanah yang terlibat dalam menyediakan perumahan mampu milik.

2. LAGENDA mengalami kerugian sejak 2011 namun bermula 2019 LAGENDA mula memperoleh keuntungan bersih buat kali pertama sebanyak RM7.7 juta.

Dalam ketidaktentuan ekonomi semasa PKP pada tahun 2020, LAGENDA telah berjaya mencatatkan kenaikan paling tinggi dalam sejarah dengan revenue sebanyak RM498 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM103.3 juta.

3. Pertama kali dalam sejarah LAGENDA telah memberikan dividen sebanyak 2.5 sen untuk satu unit saham.

Apa-apa pun sekadar pandangan dan idea untuk tujuan pendidikan bersama. Bukannya cadangan untuk belian mahupun jualan.

Sediakan Trading Plan selengkapnya di dalam pasaran market yang tidak menentu ini.

Apa pula pandangan anda?

#TAYOR #BAYOR
Komen
zackdinz
Setuju. Terima kasih atas penulisan yang baik. Lagenda masih boleh pergi jauh.
syedasyraf
@zackdinz, Terima kasih juga tuan. Macam menarik juga indicator yang tuan gunakan ini
zackdinz
@syedasyraf, tuan boleh cuba indikator tu dipersilakan. Boleh pm saya.
syedasyraf
@zackdinz, Menarik. Saya sudah mesej tuan
zackdinz
Lebih