TradingView
WanFaizal
2 Jun 2020 pukul 22.47

LKL (Shariah) - Ingin Berehat Sebentar 

LKL INTERNATIONAL BERHADMYX

Huraian

1) LKL berada di dalam sektor "Health Care". Sub sektor dalam "Health Care Equipment & Services".
2) LKL banyak terlibat di dalam menyediakan katil untuk hospital, penjagaan kesihatan, peralatan perubatan, persalinan komposit dan banyak lagi.
3) Antara kaunter yang mendapat impak positif kerana kesan corona virus. Jadi bagi sesiapa yang terlepas peluang sebelum ini, mungkin ini adalah peluang untuk sama2 berdagang di kaunter ini.
4) Nilaian PE dan ROE adalah negatif. Walaupun revenue meningkat tetapi profitnya tidak begitu memberangsangkan.
5) 3 QR terakhir cantik.
6) Dari segi TA, LKL mencatatkan harga tertinggi semenjak mula didagangkan pada 1 Jun 2020 (RM0.85). Dan pada 2 Jun 2020, harga jatuh sebanyak 23.53% berbanding hari sebelumnya. Berapa lama kejatuhan ini, kita tidak tahu tetapi ini adalah peluang untuk mereka yang tidak sempat membeli sebelum ini.
7) Sama2 kita kaji dan perhatikan.

SP 0.600
R1 0.650
R2 0.690
R3 0.740
R4 0.775

PENAFIAN:
Kajian adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
Bukan BUY CALL
Lebih