TradingView
Ajrun_
16 Ogs 2021 pukul 19.25

Meridian: Masih Jauh Perjalanannya 

MERIDIAN BERHADMYX

Huraian

Sektor: Kewangan
Industri: Pemaju Harta Tanah

1. Analisa Trend

I. Sejak daripada pertengahan bulan Mei 2021, MYX:MERIDIAN masih berada di fasa "sideways/accumulation" setelah ia melakukan penurunan.
II. Paras harga "resistance" dalam lingkungan harga 0.175-0.185 dan paras harga "support" ialah dalam lingkungan 0.135-0.145.
III. Pada 19 Julai 2021, MYX:MERIDIAN sudah memecahkan paras harga "resistance" namun ia tidak mampu untuk kekalkan berada diparas tersebut.
IV. Pada 26 Julai 2021, MYX:MERIDIAN kembali semula kepada kitaran sebelumnya.
V. Boleh diperhatikan sekiranya MYX:MERIDIANtelah berada di atas paras harga 0.185 dan kekal disana dengan volume yang signifikan.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - MYX:MERIDIAN telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut.

II. RSI - MYX:MERIDIANmenunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih