ichivergence_hunter

MGRC Dalam Fasa Perubahan Trend Dari Menurun ke Menaik

MYX:MGRC   MSIAN GENOMICS RES CENTRE BHD
MGRC telahpun memecahkan garisan menurun 5 tahun (5yr DTL) dan telahpun turun untuk membuat retracement. Hari ini telah muncul signal pullback reversal candle yang disokong oleh volume. MGRC juga telahpun berada diatas awan kumo ichimoku, menunjukkan kekuatan bullish disitu. Aras sokongan yang kuat adalah di 0.340. Jika berjaya mempertahankan aras 0.340, MGRC akan cuba untuk mendaki ke garisan menurun sepanjang hayat (garisan biru). Jika berjaya, MGRC akan melepaskan diri dari kongkongan downtrend dan kembali ceria mendaki tangga tangga kebahagiaan. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.