TradingView
msaleho
17 Jan 2021 pukul 04.09

MI berada di puncak 

MI TECHNOVATION BERHADMYX

Huraian

1. Kaunter MI ini dalam sektor TECHNOLOGY yang terlibat dalam bidang semikonduktor.

2. Kaunter ini steady berada di atas garisan UPTREND namun dilihat candle telah keluar daripada Bollinger Band (BB). Di samping itu, candle membentuk SHOOTING STAR pattern iaitu BEARISH signal. Momentum juga dilihat telah berkurang bagi kaunter ini. Maybe minggu depan akan membuat correction sebelum mendaki semula.

3. Harga sekarang berada di atas EMA200 dan EMA50 dan dilihat BULLISH. SUPPORT terdekat adalah pada 4.200 atau pada garisan middle BB(garisan merah) + EMA50 pada 4.02.

4. Jika dilihat carta WEEKLY pula, kaunter ini masih mempunyai momentum dan minat belian mula bertambah. Adakah kaunter ini akan menguji semula aras harga tertinggi pada 4.88? Sama-sama kita nantikan.

Nota:
(a) Sekadar pembelajaran.
(b) Sebarang komen, feedback atau ralat boleh komen di bawah yea.

Terima kasih
Lebih