aihafizal.fx

9-SEPT-2020: MINHO tutup diatas ema6-9

Panjang
MYX:MINHO   MINHO (M) BHD
Assalamualaikum & selamat sejahtera;
Kajian adalah berdasarkan TA semata-mata,. Kajian adalah untuk shortswing (2hari - 3 minggu)
Sila sesuaikan dan semak FA bagi yang berminat. Agak sibuk minggu ini jadi sekadar sempat berkongsi analisis sahaja.

Kaunter: MINHO

Analisis
Jika diperhatikan terdapat ciri menarik dan boleh dipertimbangkan.
1. Status Syariah: Ya
2. Harga menguji DTL tetapi tidak berjaya memecahkan DTL tersebut
3. Harga tutup di atas midBB dan EMA6-9
4. EMA6(merah)-9(biru) telah bersilang ke atas dan berada di atas midBB
5. Vol Daily menunjukkan minat belian sepanjang minggu ini
6. Vol Weekly secara keseluruhan masih dikuasai hijau
7. Smart money telah muncul di Daily dan Weekly.

Boleh perhatikan betul-betul kaunter ini kerana terdapat penampakkan smart money. Namun perlu berhati-hati kerana terdapat berita ekonomi yang mungkin menyebabkan market tidak stabil minggu ini (OPR). Ini juga mungkin menyebabkan kebanyakan smart money lepak tepi dan menunggu terlebih dahulu.
Sebaiknya kita duduk tepi dahulu dan kalau nak masuk FIFO sahaja. Tidak digalakkan sangat hold. Sila sesuaikan dengan risiko masing-masing sekiranya masuk awal@menunggu pullback.

Semoga bermanafaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.