TradingView
FauziSaham
3 Ogs 2020 pukul 06.18

MMSV masa depan yang lebih cerah? Panjang

MMS VENTURES BHDMYX

Huraian

Pada 17 Jun 2020, berlaku kenaikan yang tinggi beserta volume yang tinggi namun ditutup rendah membentuk pinbar.

Di sini menunjukkan berlaku sesuatu yang menarik dalam fundamental MMSV, yang berjaya menarik minat yang tinggi di kalangan pedagang dan pelabur.

Walaupun menerima penolakan sehingga terbentuknya pinbar, minat itu tidak terus hilang di situ. Carta menunjukkan, ia membina momentum dengan cara sihat selepas berlakunya pinbar.

Jika harga bertahan atas dari 0.720, masa untuk ia memecahkan sekurang-kurangnya minor down trend line adalah hampir. Seterusnya akan menguji rintangan 0.805 dan sekaligus berperang hebat di major down trend line.

Untuk dapat gambaran apa yang boleh berlaku selepas break major down trend line, boleh amati carta Ptrans. Cuma bezanya, Ptrans didukung oleh mini consolidation, manakala MMSV pula didukung oleh pinbar beserta percikan volume yang kuat.
Lebih