TradingView
Meem
13 Dis 2021 pukul 21.31

MULPHA: Memecahkan Corak Carta? 

MULPHA INTERNATIONAL BHDMYX

Huraian

MULPHA secara amnya dilihat bergerak dalam trend menaik dengan pergerakan harga dilihat mendatar beberapa minggu dagangan yang lalu

Hari terakhir dagangan memperlihatkan harga berjaya memecahkan corak carta segi tiga menaik yang terhasil
Pergerakan harga tampak disokong oleh garisan EMA20 dan EMA50 harian yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI menunjukkan kehadiran momentum yang mencukupi sekiranya harga hendak membuat kenaikan
Petunjuk MACD juga dilihat telah melakukan persilangan emas pada hari dagangan yang terakhir
Histogram MACD dilihat telah berada di zon positif dengan kecerunan dilihat menyokong arah pergerakan harga

Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga dapat bertahan di atas harga sokongan RBS

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Lebih