naimmp98

KAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star

Pendidikan
MYX:NAIM   NAIM HOLDINGS BHD
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star

- Morning star dan evening star merupakan candlestick reversal pattern.
- Morning star kebiasaanya akan terbentuk di penghujung penurunan menandakan penurunan telah tamat dan akan membuat kenaikan.
- Evening star pula kebiasaanya akan terbentuk di penghujung kenaikan menandakan kenaikan telah tamat dan akan membuat penurunan.
- Kekuatan morning star dan evening star boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Weak / Lemah: Candlestick ketiga tutup tidak melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
2) Normal / Biasa: Candlestick yang ketiga tutup melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
3) Strong / Kuat: 'Body' candlestick yang ketiga lebih besar daripada 'body' candlestick yang pertama.

Nota kaki:
* Candlestick reversal pattern merupakan candlestick yang terbentuk yang menukar arah 'trend sedia ada' kepada 'trend yang baru'.
* Seeloknya, para pelabur perlu menggabungkan candlestick reversal pattern ini dengan teknik² yang lain juga supaya lebih berkayinan untuk membuat keputusan samada untuk open position (entry) atau close position (exit).

------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Terma atau istilah KAJIAN yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi, KAJIAN ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham. Penulis / penganalisis juga bukanlah penasihat kewangan dan pelaburan.

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.