aihafizal.fx
Pendidikan

18-Mac-2019: PEMBELAJARAN 2 - STRUKTUR PASARAN & TREND (ASAS)

OANDA:NAS100USD   US Nas 100
Dilihat 176 kali
5
176 2
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat malam...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sesi pembelajaran. Seperti biasa ianya adalah untuk mereka yang newbie/zerobie. Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk ulangkaji asas.

Untuk pembelajaran struktur ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu ASAS dan ADVANCE

Kenapa memahami asas struktur pasaran ini penting?
1. Memudahkan untuk menentu halatuju.
2. Memudahkan untuk kajian peringkat seterusnya (FIBO) yang ni ramai nak tau.
3. Tanpa pengetahuan dalam "struktur" menyebabkan kesilapan semasa menandakan FIBO line.

BAHAGIAN 1
Baiklah tanpa membuang masa kita rujuk gambarajah dibawah:


Gambar ini menunjukkan fasa-fasa di dalam pembentukkan struktur pasaran. Jadi saya akan terangkan secara ringkas berkenaan fasa ini.

1. FASA UPTREND
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan menaik.
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak keatas (UP/BULLISH)
- Adalah sangat penting untuk kita mengetahui istilah yang biasa digunakan semasa membincangkan fasa ini.
- Kebiasaan pelabur tidak menggunakan istilah lengkap dan hanya bercakap dalam short form
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , HH - Higher High , HL - Higher Low
- HH - apabila New high adalah LEBIH TINGGI dari H yang sebelumnya
- HL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH TINGGI dari Low sebelumnya.

2. FASA SIDEWAYS
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan sekata.
- Ini menunjukkan pasaran sedang tidak dapat menentukan samaada ke atas atau ke bawah
- Kebiasaannya pada fasa ini juga pergerakan akan membentuk CHANNEL
- Sekiaranya harga berjaya keluar dari channel dengan momentum, barulah ada trend yang akan terbentuk.
- Selalunya newbie tidak digalakkan untuk memasuki pasaran pada fasa ini... sabar la bro/sis... tgu ada pergerakan significant baru kita masuk untuk elak melebur.

3. FASA DOWNTREND
- Pada fasa ini berlawanan dengan fasa 1 dimana gelombang bergerak dalam keadaan menurun.
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak ke bawah (DOWN/BEARISH)
- Disini pula ada istilah yang kebiasaannya akan gunakan dan perlu untuk kita tahu.
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , LH - Lewer Highh , LL - Lower Low
- LH - apabila New high adalah LEBIH RENDAH dari H yang sebelumnya
- LL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH RENDAH dari Low sebelumnya.

So anda rasa mcm mana? Sekiranya anda baru pertama kali dengar perkataan ini, x payah la sibuk nk fokus carik DT/DB/IHNS/HNS/CNH

BAHAGIAN 2
Jadi kita teruskan dengan bahagian 2 dimana dibahagian ini kita akan melihat apakah yang dikatakan struktur (Structure)
- yang ni la bahagian penting untuk tau betul ka fibo yang kita tanda
- Mari lihat gambarajah dibawah:-


Rajah ini adalah gambaran keseluruhan apabila fasa2 diatas digabungkan... setiap fasa pergerakan akan terdiri daripada pergerakan seperti didalam rajah diatas.

Adalah penting untuk mengetahui pada Sela masa (Time frame) berapakah yang sesuai untuk kita melihat struktur?
- Kebanyakan penganalisis berpendapat sela masa yang sesuai adalah 4H dan ke atas, ini kerana trend keseluruhan dapat dilihat dengan jelas pada sela masa tersebut dan tidak banyak "FALSE SIGNAL".
-daripada rajah juga adalah penting untuk kita melihat pada struktur uptrend/downtrend disinilah sebenarnya kita boleh melukiskan garisan FIBO untuk menentukan ENTRY yang tepat dalam setiap keputusan perdagangan yang kita ambil.

Jadi, rasanya cukup dulu untuk perkongsian kali ini, saya akan sambung pada pembelajaran 3 : STRUKTUR PASARAN & TREND (ADVANCE)
takda la advance mana pun nnti.

Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.
perkongsian yang mantap sekali . =)
Balas
aihafizal.fx Terence_FX
@Terence_FX, terima kasih tuan
Balas
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Rancangan Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Pusat Bantuan Rujuk rakan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar