TradingView
Ajrun_
7 Sep 2021 pukul 19.58

NCT: Dah Nak Naik ke? 

NCT ALLIANCE BERHADMYX

Huraian

Sektor: Perkhidmatan Teknologi
Industri: Perisian Berpakej

1. Analisa Trend

I. Beradasarkan carta, MYX:NCT menunjukkan ia sedang dalam keadaan yang menaik(uptrend).
II. Pada 6 Sept 2021, paras harga "resistance" ialah 0.530 dan paras harga "support" ialah 0.490. Namun, pada 7 Sept 2021 paras harga "resistance" menjadi paras harga "support" baharu.
III. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.570 dan paras harga "support" ialah 0.530.
IV. Kini, MYX:NCT telah berada di atas paras harga "support" iaitu 0.530.
V. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline".
VI. Boleh perhatikan bagaimana pergerakan MYX:NCT.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, MYX:NCTjuga sudah menembusi garisan MA50(hitam).

II. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Malahan, terdapat "gap" antara garisan MACD dan garisan Signal menunjukkan ia mempunyai momentum yang baik.

III. RSI - MYX:NCT menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih