Meem

NYLEX: Membentuk Segitiga Menurun?

MYX:NYLEX   NYLEX (M) BHD
NYLEX dilihat seakan cuba membentuk corak carta segitiga menurun dan kini sedang berlegar dalam kawasan corak terbabit

Jika dilihat pada volum hari terakhir, terdapat anomali yang berlaku di mana pembentukan candlestick adalah tidak selari dengan jumlah volum berbanding hari sebelumnya
Pergerakan harga bagi kaunter ini belum jelas dapat dipastikan namun berdasarkan MACD terdapat kemungkinan untuk harga terus turun andainya tiada volum hadir memecahkan corak carta
RSI dilihat masih berada di bawah paras 70 yang menunjukkan masih kurangnya momentum untuk menolak harga naik ke atas
Namun EMA 20, 50, 100 dan 200 menunjukkan pergerakan masih dalam keadaan uptrend menyukarkan lagi jangkaan
Harga dijangka akan berlegar-legar dalam kawasan 0.885 hingga ke 0.815 dalam masa beberapa hari terdekat

Menarik untuk diperhatikan

Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.