DDNK

GERKAN GERILA BELIAN MEMBAWA OMNICELL KE ARAS TERTINGGI

Pendidikan
NASDAQ:OMCL   Omnicell, Inc.
Omnicell Inc memecah suasana hambar apabila gerakan gerila oleh pembeli telah membawa saham ini ke aras tertinggi yang baru. Dalam msa yang sama, kelihatan “Breakaout” yang kuat pada rintangan atas tanda “Symmetric Triangle” sebagai susulan gerakan momentum mencanak tersebut. Kenaikan “Volume” yang konsisten, tanda “Up” pada indicator “MACD”, dan penampilan kekuatan pasaran yang memberangsangkan pada tanda “14-day RSI” menguatkan lagi pandangan positif kami.

Sokongan terdekat dilihat pada USD86.90 diikuti oleh USD77.90. Pada masa yang sama, rintangan terdekat dilihat pada USD95 diikuti rintangan kuat pada aras USD100.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.