FauziSaham

Omesti break downtrendline. Apa seterusnya?

MYX:OMESTI   OMESTI BHD
Omesti telah breakout downtrendline, namun apakah pergerakan seterusnya?

Jika kita plotkan paras sokongan dan rintangan pada carta mingguan, 0.550 dan 0.600 adalah paras sokongan/rintangan terdekat dia.

Namun perlu ambil perhatian juga pada RSI yang telah overbought.

Jadi apakah percaturan yang boleh dibuat bila tengok keadaan ini?

Ada dua:

1) terus entry sebab dia dah lepas paras 0.600. Namun perlu jadikan 0.600 sebagai trailing stop. Kerana jika dia uturn bawah 0.600, ada risiko untuk dia turun ke 0.550.

2) Tunggu dan lihat. Kita tunggu samaada dia akan menguji dahulu 0.600 sebagai sokongan, atau dia buat retracement dan support baru. Tunggu dan lihat ini termasuklah jika dia turun bawah dari 0.600 apakah reaksinya pada sokongan kecil 0.570.

Setiap keputusan/tindakan pasti ada risiko, namun yang penting adalah bagaimana kita mengawal risiko.

Jika ia meneruskan perjalanan ke atas, harga sasaran adalah rintangan kuat seterusnya iaitu 0.700 dan 0.880.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.