TradingView
Ajrun_
26 Jul 2021 pukul 19.19

Pantech: MA Mula Bersidang 

PANTECH GROUP HOLDINGS BHDMYX

Huraian

Sektor: Mineral Bukan Tenaga
Industri: Keluli

1. Analisa Trend
I. Pergerakan MYX:PANTECH dapat lihat, ia telah berada di fasa mendatar selama sebulan yang hanya bergerak di paras harga 0.500(Support) dan 0.520(Resistance).
II. Kini, MYX:PANTECH sedang berada pada harga "resistance" iaitu paras 0.520 tersebut pada 26 Julai 2021.
III. Bukan itu sahaja, ia telah memecahkan "Down Trendline" .
IV. Sekiranya ia kekal berada diatas paras tersebut kemungkinan akan melakukan kenaikan sehigga paras 0.540 atau sehingga 0.570.

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - MYX:PANTECH telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan MYX:PANTECH sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang bersidang pada paras harga tersebut.

2. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal(Boleh jadi Fake signal).

3. RSI - MYX:PANTECH menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50. Bukan itu sahaja, MYX:PANTECH membentuk "bullish divergence" berdasarkan RSI dan juga carta.

Parlimen bersidang hari ini, Moving Average MYX:PANTECH pun turut sama bersidang.
Boleh diperhatikan bagaimana pergerakan MYX:PANTECH nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih