TradingView
fzhqmi
18 Mac 2021 pukul 00.26

SIDEWAYS DI BAWAH EMA200 

PARAMOUNT CORPORATION BHDMYX

Huraian

Kaunter ini jika dilihat mempunyai rintangan yang kuat pada EMA 200.
Jadi kita boleh simpulkan ia akan lebih menarik jika melepasi paras tersebut.

Jika dikira sejak Disember 2020, ia telah beberapa kali mencuba untuk memecahkan aras harga terutama 0.875.

Aras sokongan paling kuat setakat ini adalah 0.790 yang juga merupakan garisan ichimoku cloud.
Aras sokongan waktu singkat adalah 0.835.

Indikator RSI menunjukkan paras 50% dan masih menunggu minat pelabur ke arah kaunter ini.

Pada harga sekarang, iaitu 0.840 kita harus mengira adakah berbaloi dari segi reward to risk ratio sebelum berkira-kira untuk memasuki kaunter ini.


Catatan : Perkongsian ini adalah untuk pembelajaran semata-mata, tiada sebarang rekomendasi daripada idea ini. Sebarang tindakan adalah tanggungjawab masing-masing.
Lebih